INFO RUMAH SELANGORKU

1. Syarat Kelayakan Rumah Selangorku

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah RM3,001 – RM10,000 (Jenis B, C, D)
  • Pendapatan ≤ RM3,000 hanya layak Jenis A
  • Hanya boleh pilih 1 jenis rumah sahaja
  • Pemohon/pasangan belum memiliki rumah di Selangor
  • Pindah milik hanya selepas 5 tahun dengan kelulusan
  • Permohonan sah 2 tahun sahaja

2. Syarat Komersial (SOHO/SOVO/SOFO)

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah sehingga RM15,000 (keutamaan ≤ RM10,000)
  • Tidak memiliki kediaman komersial lain
  • Pindah milik hanya selepas 5 tahun (V.P)
  • Permohonan sah 2 tahun

3. Cara Pendaftaran

Daftar secara online di www.rumahmurahselangor.com

4. Dokumen Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon & pasangan
  • Penyata gaji / pengesahan pendapatan (Pesuruhjaya Sumpah jika bekerja sendiri)
  • Surat akuan sumpah jika pasangan tidak bekerja

5. Harga Rumah

  • Harga tidak melebihi RM250,000 untuk Selangorku.
  • Komersial bermula RM230,000 – RM270,000.

6. Lokasi Projek

Sila rujuk kami untuk senarai projek terkini.

7. Status Senarai Menunggu

Jika tiada tawaran selepas 2 bulan, permohonan perlu dibuat semula atau tukar lokasi.

8. Status Tawaran Bersyarat

Pemohon perlu kemukakan dokumen sokongan seperti IC, sijil nikah, penyata gaji, KWSP, CCRIS/CTOS dan lain-lain.

9. Rumah di Luar Selangor

Perlu kemukakan bukti pemilikan seperti SPA dan cukai tanah/pintu (untuk status tawaran bersyarat sahaja).

10. Jika Menolak Tawaran

Pemohon akan disenarai hitam selama 2 tahun dalam sistem LPHS.

Tempah Slot Temujanji Rumah Contoh

Sila buat pilihan projek dahulu. Kemudian masukkan semua maklumat yang diminta secara tepat.

Set Appointment
Scroll to Top