INFO RUMAH SELANGORKU
1. Syarat Kelayakan Rumah Selangorku
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah RM3,001 – RM10,000 (Jenis B, C, D)
- Pendapatan ≤ RM3,000 hanya layak Jenis A
- Hanya boleh pilih 1 jenis rumah sahaja
- Pemohon/pasangan belum memiliki rumah di Selangor
- Pindah milik hanya selepas 5 tahun dengan kelulusan
- Permohonan sah 2 tahun sahaja
2. Syarat Komersial (SOHO/SOVO/SOFO)
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah sehingga RM15,000 (keutamaan ≤ RM10,000)
- Tidak memiliki kediaman komersial lain
- Pindah milik hanya selepas 5 tahun (V.P)
- Permohonan sah 2 tahun
3. Cara Pendaftaran
Daftar secara online di www.rumahmurahselangor.com
4. Dokumen Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon & pasangan
- Penyata gaji / pengesahan pendapatan (Pesuruhjaya Sumpah jika bekerja sendiri)
- Surat akuan sumpah jika pasangan tidak bekerja
5. Harga Rumah
- Harga tidak melebihi RM250,000 untuk Selangorku.
- Komersial bermula RM230,000 – RM270,000.
6. Lokasi Projek
Sila rujuk kami untuk senarai projek terkini.
7. Status Senarai Menunggu
Jika tiada tawaran selepas 2 bulan, permohonan perlu dibuat semula atau tukar lokasi.
8. Status Tawaran Bersyarat
Pemohon perlu kemukakan dokumen sokongan seperti IC, sijil nikah, penyata gaji, KWSP, CCRIS/CTOS dan lain-lain.
9. Rumah di Luar Selangor
Perlu kemukakan bukti pemilikan seperti SPA dan cukai tanah/pintu (untuk status tawaran bersyarat sahaja).
10. Jika Menolak Tawaran
Pemohon akan disenarai hitam selama 2 tahun dalam sistem LPHS.