RUMAH SELANGORKU
HILLPARK
APARTMENT 3 TINGKAT DENSITI RENDAH
Rumah Selangorku Hillpark merupakan projek perumahan mampu milik di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor, terletak di lokasi strategik berhampiran Puncak Alam, Saujana Utama dan Alam Budiman. Sesuai untuk penduduk sekitar termasuk di Elmina dan Sungai Buloh.
Projek ini direka khusus untuk memenuhi keperluan pembeli rumah pertama yang menginginkan kediaman luas, tidak banyak unit dalam satu kawasan serta terletak di kawasan yang matang dikelilingi kemudahan sedia ada.
Sebagai salah satu projek Rumah Selangorku yang banyak permintaan, pembangunan ini menawarkan kombinasi lokasi matang, kemudahan menyeluruh dan pakej insentif yang bernilai tinggi.
MAKLUMAT PROJEK
- Harga Rumah: RM260,000
- Kelayakan Gaji: RM2,800
- Blok: 9
- Bilangan Tingkat: 3
- Unit: 177 unit
- Anggaran Siap: Q1 2028
PELAN LANTAI & SUSUN ATUR
PAKEJ PROJEK
Salah satu tarikan utama Rumah Selangorku Hillpark ialah pakej zero deposit, membantu pembeli menjimatkan kos permulaan.
Insentif Tambahan
-
Yuran guaman SPA PERCUMA (termasuk disbursement)
-
Percuma MOT*
Ini menjadikan Rumah Selangorku Hillpark sangat menarik untuk pembeli rumah pertama.
Syarat Kelayakan
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran.
- Tidak memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor. Rumah kedua boleh cuba.
- Pendapatan bulanan seisi rumah (Pemohon dan Pasangan) tidak melebihi RM14,500.